Pengerusi KAB Gold

Tan Sri Dr. Daud Bakar
(Pengerusi KAB Gold)

Tan Sri Dr Mohd Daud bin Bakar merupakan Pengerusi dan Pengasas bersama KAB Gold. Beliau adalah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie Selain itu beliau juga merupakan Pengerusi Penasihat Syariah di Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Pemodalan Nasional Berhad dan beberapa badan lain di luar negara.

Amanie Advisors membuktikan keunggulan sebagai penerima “Anugerah Prasarana Ilmu Ekonomi Islam” semasa Sidang Kemuncak Ekonomi Islam Global di Dubai pada 2015 daripada Raja Dubai, Sheikh Mohamed Rashid Al- Maktoum.

Beliau juga turut menjadi ahli badan penasihat syariah di beberapa bank yang terkemuka di dunia. Beliau memainkan peranan penting sebagai ahli Badan Penasihat Syariah pelbagai institusi kewangan global, antaranya National Bank of Oman (Oman), Amundi Asset Management (Perancis), Morgan Stanley (Dubai), Bank of London and Middle East (London), BNP Paribas (Bahrain) dan Dow Jones Islamic Market Index (New York). 

Selain itu, apa yang lebih mengagumkan adalah Tan Sri Daud juga merupakan Pegerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Ini membuktikan lagi kredibiliti beliau. Bukan calang-calang orang dapat dilantik menjawat jawatan ini.

Beliau juga merupakan Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM / IIUM). Bekas pelajar UIA pasti kenal akan beliau kerana beliau memang aktif dan selalu menghadiri majlis bersama pelajar.

Pada masa yang sama, Tan Sri Daud juga merupakan Penaung Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Menteri Besar Kedah dalam ucapannya ketika majlis pelancaran KDA FC beberapa kali memuji Tan Sri Daud kerana telah banyak membantu KDA FC terutamanya dalam mendapatkan tajaan.

Dalam bidang akademik pula, beliau mendapat ijazah pertamanya dalam bidang Syariah di University of Kuwait pada 1988 dan seterusnya memperoleh Ph.D. dari University of St Andrews, United Kingdom pada 1993. Beliau terus menggali ilmu dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens di Universiti Malaya pada 2002.
 
Dalam satu temubual tentang emas dan KAB Gold, beliau ada menyatakan bahawa beliau sendiri akan memantau dan memerhati urusniaga KAB Gold kerana ia turut mencerminkan kredibiliti beliau. Jika ada kekurangan pada KAB Gold ia akan mencalarkan nama baik beliau sebagai tokoh syariah dan tokoh yang terlibat dengan emas.

Mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold

Penafian

kabgold.me adalah inisiatif daripada wakil jualan berdaftar KAB Gold dan bukan laman web rasmi KAB Gold.

Laman web rasmi KAB Gold boleh dicapai melalui link berikut
kabgold.my