CEO KAB Gold

Mohamed Khairul Anuar Bin Mohd Basri (CEO KAB Gold)

Mohamed Khairul Anuar bin Mohd Basri adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, KAB Goldynamics Sdn. Bhd. Beliau juga adalah pemilik Kumpulan Syarikat KAB iaitu KAB Media, KAB Foods and Beverages, Pertubuhan KAB dah Koperasi KAB.

Beliau juga aktif dalam bidang kepenasihatan Syariah. Ini kerana beliau adalah Penasihat Syariah yang disahkan oleh Persatuan Penasihat Syariah bagi Kewangan Islam Malaysia (ASAS). Kini beliau adalah Ahli Majlis Penasihat Syariah, Sumitomo Mitsui Banking Corporation (Malaysia) Berhad. Pada waktu yang sama, beliau adalah Penasihat Syariah Elhajj Products Sdn. Bhd. dan Orpheus Capital Sdn. Bhd.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif, Koperasi Muslimin (Malaysia) Berhad, Timbalan Presiden Pematuhan Syariah, BNP Paribas (Malaysia) Berhad, Pengurus Kanan Syariah, CIMB Islamik (Malaysia) Berhad, Ketua Syariah, HSBC Amanah (Malaysia) Berhad dan Penolong Pengurus Syariah, Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad.

Beliau pernah merakamkan bacaan Al-Quran 30 Juzuk dan diiktiraf oleh Lujnah Pentashih Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri. Ia masih kekal sehingga ke hari ini sebagai yang pertama dan satu-satunya di dunia bacaan qari dari Malaysia.

Penglibatan beliau selama 8 tahun sebagai Million Dollar Master Dealer di salah sebuah syarikat emas terkemuka di Malaysia sejak tahun 2013, menjadikan beliau teramat mahir dengan dunia perniagaan emas.

Dalam bidang akademik pula, Ustaz Khairul Anuar mendapat Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat, Darul Quran (JAKIM). Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Perbandingan Undang-Undang Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Ijazah Sarjana Muda Undang; kesemuanya daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sehingga hari ini, beliau telah menghasilkan 5 buah buku iaitu Travelog Huffaz : Mengapa Aku Menghafaz Al- Quran (2017), Kaya Dengan Emas (2019), Emas dan Syariah: Ilmu Tersurat dan Tersirat (2019), Umrah Mudah Sungguh (2019) dan Buat Duit Dengan ConsuMerchant : Rahsia Kaya Tanpa Modal (2019)

Mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold

Penafian

kabgold.me adalah inisiatif daripada wakil jualan berdaftar KAB Gold dan bukan laman web rasmi KAB Gold.

Laman web rasmi KAB Gold boleh dicapai melalui link berikut
kabgold.my