Selain daripada emas fizikal seperti barang kemas, goldbar dan dinar anda juga boleh menyimpan emas menggunakan akaun emas.
Apa Itu Akaun Emas?
Akaun emas adalah akaun simpanan emas yang boleh dibuka di beberapa syarikat emas seperti KAB Gold. Ia seakan akaun bank. Penyimpan boleh membeli emas secara terus dan simpan di dalam akaun emas.
Selain itu penyimpan juga boleh terus menjual emas dalam akaun emas. Semua transaksi boleh dilakukan secara dalam talian. Setiap emas yang dibeli melalui akaun emas itu bersandarkan emas fizikal sebenar. Penyimpan juga boleh mengeluarkan emas dalam akaun emas menjadi emas fizikal.
Akaun emas di KAB Gold di sebut Uncang Emas. Ia telah diperakui patuh syariah oleh penasihat syariah yang dilantik.
Apa Itu Uncang Emas KAB Gold?
Uncang Emas KAB Gold menggunakan konsep Bai’ al Sarf iaitu tukar wang tunai kepada emas secara serta merta.
Selain itu ia juga menggunakan konsep wakalah iaitu pembeli mewakilkan KAB Gold untuk menyimpan emas berkenan.
Dalam konteks uncang emas, bentuk serahan emas adalah secara serta merta. Apabila anda membeli uncang emas di dalam web KAB Gold rekod emas berkenaan akan masuk terus ke akaun pemilik.
Pemilik akaun juga mempunyai hak sepenuhnya ke atas emas berkenaan. Emas dalam uncang emas juga boleh ditukar dalam bentuk emas fizikal bila mencapai jumlah berat tertentu.
Segala proses dalam uncang emas sentiasa dipantau oleh penasihat syariah untuk memastikan uncang emas mencapai tahap kepatuhan syariah tanpa ragu-ragu.
Kelebihan Uncang Emas KAB Gold
- Emas boleh dibeli serendah 0.25g melalui uncang emas. Tiada gandaan tertentu. Nak beli 0.25g boleh. Nak beli 0.257 pon boleh.
- Pendaftaran percuma. Daftar dulu beli kemudian tiada masalah
- Emas dalam akaun uncang emas boleh ditebus menjadi emas fizikal dan dijual balik secara atas talian
- Tidak perlu baki minima untuk kekal aktif. Boleh tebus dan jual balik 100%
- Transaksi pembelian emas akan terpapar dalam akaun anda serta merta
- Patuh Syariah
Sertai lebih 24,000 pelanggan KAB Gold dengan mendaftar menggunakan link berikut: