Zakat Emas

Zakat adalah salah satu daripada rukun islam yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim. Terdapat beberapa jenis zakat seperti zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat harta, zakat emas dan sebagainya.

Zakat emas adalah zakat yang mesti dikeluarkan apabila cukup haul (tempoh) dan nisab (kuantiti). Ia adalah kewajipan yang tidak dapat dinafikan oleh apa pun. Dalam banyak-banyak bahagian zakat, Allah memberi amaran secara khusus terhadap orang yang menyimpan emas dan tidak mengeluarkan zakat terhadap simpanan emasnya.

Dalil Zakat Emas

Kewajipan menunaikan zakat emas telah disebutkan secara terang dan jelas dalam kitab suci al-Quran yang bermaksud:

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya ada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak
terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): ?Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu? [At-Taubah (9): 34-35]

(Dipetik daripada laman web PPZ MAIWP)

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:

Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya?? (Sahih Muslim)

Istimewanya emas kerana ia tidak seperti harta-harta dan barangan bernilai yang lain. Kayu atau besi walaupun bernilai tinggi, ia tidak diwajibkan zakat jika kita menyimpan kayu atau besi.

Pengiraan Zakat Emas

1.Emas Perhiasan Dipakai

Barang perhiasan tetap diwajibkan zakat sekiranya pemakaiannya terlalu banyak sehingga berlebihan dan melampaui kadar yang biasa (uruf) dipakai. Apa yang berlebihan dengan adat dan kebiasaan adalah dilarang atau tidak digalakkan oleh syariah. Yusuf al-Qaradawi menyebut perhiasan wanita yang diperbuat selain emas dan perak, seperti mutiara, berlian dan batu berharga dikecualikan zakat, kerana ia dikhaskan untuk kegunaan peribadi dan tidak dianggap sebagai aset yang berkembang.

Wilayah Persekutuan telah menetapkan kadar uruf emas perhiasan sebanyak 800gram. Justeru sebarang pemakaian yang berulang ataupun sekali dalam tempoh setahun melebihi 800gram wajib dikeluarkan zakat ke atasnya.

Sebagai contoh, sekiranya jumlah emas yang perhiasan yang dipakai dalam tempoh setahun ialah 900 gram:

Berat emas dipakai (jika melebihi nilai uruf) x Harga Emas Semasa x 2.5% Kadar Zakat
= 900 gram x RM165.68 (contoh) x 2.5%
RM3,727.80

 2.Emas Yang Disimpan (Tidak Dipakai)

Emas yang disimpan adalah emas yang tidak dipakai, iaitu emas yang benar-benar menjadi simpanan dan tidak digunakan sebagai perhiasan walaupun fizikalnya sama seperti emas perhiasan. Ianya termasuk barang kemas yang tidak dipakai kerana sudah rosak atau lama. Jika jumlah berat emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi nisab 85 gram, serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakat keatasnya sebanyak 2.5 peratus (%).

Formula Kiraan:
Berat emas disimpan (jika melebihi nilai nisab ) x Harga Emas Semasa x 2.5% Kadar Zakat

Sebagai contoh, sekiranya jumlah emas yang disimpan dalam tempoh setahun ialah 200 gram maka:

= Berat Emas disimpan x Harga Emas semasa 1gram x Kadar Zakat 2.5%
= 200 gram x RM165.68 (contoh) x 2.5%
= RM828.40

Cara perkiraan zakat emas
Cara pengiraan zakat emas

Kiraan Zakat Emas Disimpan

3. Emas Pelaburan / Simpanan Patuh Syarak

Pelaburan emas yang patuh syarak lazimnya dibahagikan kepada dua bentuk iaitu; i) pelaburan dalam emas fizikal dan ii) pelaburan dalam bentuk akaun emas

Pelaburan / Simpanan Emas Fizikal

Emas fizikal yang dimiliki lazimnya diniatkan sebagai pelaburan untuk mendapatkan keuntungan. Biasanya emas ini berbentuk syiling, jongkong, bar dan wafer. Wajib dizakatkan sekiranya berat emas menyamai atau melebihi nisab 85 gram.Sebagai contoh, jumlah emas yang dimiliki diniatkan untuk pelaburan adalah sebanyak 400 gram maka:

Zakat Emas (pelaburan/perniagaan)

= Berat Emas x Harga Semasa x 2.5%

= 400 gm x RM140 (contoh) x 2.5%

RM1,400

Akaun Emas

Terdapat beberapa syarikat yang menyediakan perkhidmatan simpanan emas secara patuh syariah seperti Uncang Emas daripada Kab Gold. Akaun ini mencatatkan jumlah simpanan dalam unit gram emas yang disimpan. Simpanan yang patuh syarak ialah fizikal emas itu wujud dan boleh dimiliki oleh penyimpan. Wajib dizakatkan sekiranya ada niat pelaburan dan berat emas mencukupi nisab 85 gram.

Sebagai contoh, jika jumlah emas yang dimiliki dalam Uncang Emas sebanyak 200 gram maka:

Zakat Emas (pelaburan/perniagaan)

= Berat Emas x Harga Semasa x 2.5%

= 200 gm x RM140 (contoh) x 2.5%

RM700

4.Emas Pelaburan Tidak Patuh Syarak

Pelaburan emas yang tidak patuh syarak lazimnya dibahagikan kepada dua bentuk iaitu; i) pelaburan dalam bentuk akaun emas yang tidak menyediakan emas fizikal dan ii) pelaburan emas melalui alam maya.

Akaun Emas (Passbook) Tanpa Fizikal Emas

Emas pelaburan atau akaun simpanan emas tidak patuh syarak sekiranya tiada pegangan emas fizikal. Zakat hanya dikenakan ke atas pelaburan pokok sahaja sekiranya jumlahnya melebihi nilai nisab tahunan. Ia dikira mengikut formula Zakat Wang Simpanan.

Akaun Emas Maya

Emas maya adalah emas yang diniagakan untuk pelaburan secara bukan fizikal. Perniagaan emas maya menggunakan platform elektronik. Pelabur yang mempunyai akaun di broker tertentu boleh membuat arahan belian dan jualan emas dengan harga semasa dipaparkan di platform tetapi tidak boleh menuntut emas fizikal yang dibelinya.

Memandangkan jualbeli emas ini tidak melibatkan emas fizikal maka ia adalah tidak patuh syariah. Zakat hanya dikenakan ke atas pelaburan pokok sekiranya jumlah melebihi kadar nisab tahunan. Ia dikategorikan sebagai bayaran Zakat Wang Simpanan.

Kaedah kiraan Zakat emas pelaburan tidak patuh syarak:

Zakat

= Pelaburan pokok @ baki terendah x kadar zakat

= RM40,000 (contoh) x 2.5%

= RM1,000

Istilah-istilah yang perlu diketahui berkaitan zakat emas

maksud uruf, haul dan nisab dalam zakat emas
Maksud istilah-istilah dalam zakat emas

Nisab emas adalah paras minima untuk tentukan wajib bayar zakat atau tidak. Jumlah nisab simpanan emas adalah sebanyak 85g.

Haul adalah tempoh cukup setahun emas dimiliki

URUF adalah Kadar kebiasaan orang pakai emas. Wajib bayar zakat apabila berat emas yang dipakai melebihi kadar uruf. Sebagai contoh nilai uruf

  • Selangor: 800g
  • Wilayah Persekutuan: 800g
  • Johor: 850g
  • Terengganu: 850g
  • Pahang: 500g
  • Perak: 500g
  • Pulau Pinang: 250g
  • Negeri Sembilan: 200g
  • Melaka: 180g
  • Kelantan: Tiada Uruf

Boleh juga pergi ke pejabat kutipan zakat berdekatan untuk dapatkan maklumat yang lebih terperinci. Belum mulakan simpanan emas? Daftar akaun KAB Gold secara percuma di https://kabgold.me/daftar Semoga bermanfaat.

Rujukan:

Leave a Comment

Mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold

Penafian

kabgold.me adalah inisiatif daripada wakil jualan berdaftar KAB Gold dan bukan laman web rasmi KAB Gold.

Laman web rasmi KAB Gold boleh dicapai melalui link berikut
kabgold.my