Ulasan Harga Emas 2023

Tahun 2023 telah melabuhkan tirainya. Pasti banyak kenangan pahit manis yang telah dilalui sepanjang tahun lepas. Jika anda telah memulakan simpanan emas pada tahun 2023 tahniah diucapkan. Jika belum, masih belum terlambat, jadikan simpanan emas sebagai salah satu azam tahun 2024 anda. Tahun 2023 juga menyaksikan peningkatan harga emas secara mendadak iaitu mencecah RM339 per gram. Peningkatan sebanyak RM37 per gram berbanding harga tertinggi emas yang dicatatkan pada tahun 2022 iaitu RM302 per gram.

Rekod tertinggi harga Uncang Emas KAB Gold pada tahun 2023 dicatatkan pada 3 Disember 2023 iaitu sebanyak RM339 per gram. Manakala rekod harga terendah pada tahun lepas adalah sebanyak RM276 per gram yang dicatatkan pada 7 Februari 2023.

Secara puratanya harga emas pada tahun 2022 adalah sebanyak RM308.56 per gram dan harga yang paling kerap dicatatkan adalah RM311 per gram iaitu sebanyak 27 hari.

Bagi tahun 2023 KAB Gold telah menjalankan promosi diskaun emas sebanyak 4 kali dan menyebabkan harga Uncang Emas menjadi lebih murah daripada yang sepatutnya.

  • Promosi pertama diskaun sebanyak RM6 pada 25 Oktober 2023
    • Menjadikan harga emas daripada RM330 per gram kepada hanya RM323 per gram
  • Promosi kedua diskaun sebanyak RM6 pada 11-12 November 2023
    • Menjadikan harga emas daripada RM320 per gram kepada hanya RM314 per gram
  • Promosi ketiga diskaun sebanyak RM5 pada 24-30 November 2023
    • Menjadikan harga emas daripada RM326 – RM332 per gram kepada hanya RM321 – RM327 per gram
  • Promosi keempat diskaun sebanyak RM4 pada 25-31 Disember 2023
    • Menjadikan harga emas daripada RM329 – RM335 per gram kepada hanya RM325 – RM331 per gram

Teruskan setia bersama KAB Gold di tahun 2024 ini untuk menikmati pelbagai lagi tawaran dan promosi menarik. Ikuti telegram kabgoldme untuk tidak ketinggalan.

Punca Turun Naik Harga emas

Harga emas mencatatlam paras tertinggi dalam sejarah pada 4 Disember 2023 ekoran daripada pengumuman jangkaan penurunan kadar faedah oleh Bank Pusat Amerika Syarikat (Federal Reserve) pada tahun 2024. Untuk rekod kadar faedah oleh Bank Pusat Amerika Syarikat (Federal Reserve) pada tahun 2023 adalah antara 5.25% hingga 5.5%. Ia dianggarkan akan menurun ke paras 4.5% hingga 4.75% pada tahun 2024.

Penurunan kadar faedah menjadikan pelaburan seperti wang tunai kurang menarik, dan meningkatkan permintaan untuk emas sebagai aset selamat. Secara asasnya apabila permintaan emas meningkat, harga emas akan meningkat. Ia turut memberi kesan kepada harga emas di Malaysia kerana dolar AS merupakan mata wang utama untuk perdagangan emas.

Harga Emas Bagi Tahun 2024

Menurut laporan CBS News, ramai pakar menjangkakan harga emas akan terus meningkat lagi ekoran daripada ketidakstabilan geopolitik dan pilihan raya presiden yang akan berlangsung tahun ini. Ia akan menyebabkan permintaan emas menjadi semakin bertambah.

Selain itu penemuan emas di kawasan lombong sepanjang 100 kilometer di Arab Saudi juga merupakan satu berita penting memberi kesan kepada harga emas pada tahun ini.

Jadi jika anda ada berazam untuk menambah atau memulakan simpanan emas pada tahun 2024 ini bolehlah bermula daripada sekarang.

Daftar akaun KAB Gold di https://kabgold.me/daftar untuk mula menyimpan emas secara patuh syariah.

Anda juga boleh mengikuti telegram kabgoldme untuk mengetahui harga emas harian. Aktifkan notifikasi dan dapatkan makluman harga emas setiap hari pada jam 12.01am.

Leave a Comment

Mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold

Penafian

kabgold.me adalah inisiatif daripada wakil jualan berdaftar KAB Gold dan bukan laman web rasmi KAB Gold.

Laman web rasmi KAB Gold boleh dicapai melalui link berikut
kabgold.my