Ulasan Harga Emas 2022

Tahun 2022 telah melabuhkan tirai lebih seminggu. Pasti banyak kenangan pahit manis yang telah dilalui sepanjang tahun lepas. Tahun 2022 juga menyaksikan harga emas naik sehingga paras melebihi RM300 dan turun sehingga RM260 per gram.

Rekod tertinggi harga Uncang Emas KAB Gold pada tahun 2022 dicatatkan pada 9 Mac 2022 iaitu sebanyak RM302 per gram. Manakala rekod harga terendah pada tahun lepas adalah sebanyak RM260 per gram yang dicatatkan pada 25 September 2022.

Secara puratanya harga emas pada tahun 2022 adalah sebanyak RM275.36 per gram dan harga yang paling kerap dicatatkan adalah RM280 per gram iaitu sebanyak 26 hari.

Terdapat beberapa punca yang mempengaruhi turun naik harga emas. Sebagai contoh pada Feb – Mac 2022 harga emas naik mendadak ekoran daripada serangan Rusia terhadap Ukraine. Apabila berlaku ketegangan geopolitik, pelabur akan beralih arah daripada daripada pasaran ekonomi kepada emas yang dikatakan tempat selamat bagi pelabur.

Secara asanya apabila permintaan emas meningkat, harga emas akan meningkat. Selain itu faktor lain yang memberinkesan pada harga emas adalah pengukuhan ekonomi.

Sebagai contoh, apabila US telah mengeluarkan laporan pekerjaan (Non Farm Payroll) pada 8 Julai yang lepas, harga emas turun sekitar RM266-RM268 per gram berbanding RM278-280 sebelumnya.

Dalam laporan tersebut menyatakan 372 ribu pekerjaan telah dicipta bulan sebelumnya, melebihi daripada sasaran.

Pekerjaan yang banyak memberi makna ekonomi US mengukuh. Ia juga membawa maksud ekonomi US belum ada tanda-tanda nak masuk fasa kemelesetan ekonomi. Bila ekonomi kukuh, pelabur kan mempunyai banyak pilihan lain untuk melabur dan harga emas akan menurun.

Bagi tahun 2023 pula ramai pakar seperti Rober Kiyosaki meramalkan harga emas akan meningkat dengan mendadak tahun ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menambah atau memulakan simpanan emas anda SEKARANG.

Daftar akaun KAB Gold di https://kabgold.me/daftar untuk mula menyimpan emas secara patuh syariah.

Anda juga boleh mengikuti telegram kabgoldme untuk mengetahui harga emas harian. Aktifkan notifikasi dan dapatkan makluman harga emas setiap hari pada jam 12.01am.

Leave a Comment

Mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold

Penafian

kabgold.me adalah inisiatif daripada wakil jualan berdaftar KAB Gold dan bukan laman web rasmi KAB Gold.

Laman web rasmi KAB Gold boleh dicapai melalui link berikut
kabgold.my